Cara Bayar Zakat Fitrah Online Dengan Mudah

Bayar zakat fitrah online kini menjadi pilihan utama umat Islam kerana ia lebih pantas, selamat dan boleh dilakukan secara atas talian tanpa perlu hadir ke kaunter. Melalui platform ini, urusan menunaikan kewajipan zakat dapat dilakukan dengan mudah, terutamanya pada bulan Ramadan.

Bayar zakat fitrah secara online amat sesuai untuk individu yang sibuk, bekerja syif, atau berada di luar kawasan kerana bayaran boleh dibuat sepenuhnya secara atas talian melalui laman web ini.


Apa Itu Zakat Fitrah?

Zakat fitrah ialah zakat wajib yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim yang berkemampuan sebelum solat Aidilfitri. Ia bertujuan menyucikan diri orang yang berpuasa dan membantu golongan fakir serta miskin.

Pembayaran zakat fitrah boleh dibuat secara tunai atau melalui kaedah moden seperti zakat secara online selagi memenuhi syarat sah zakat.


Siapa Yang Wajib Bayar Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah ialah zakat yang difardhukan ke atas setiap individu muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Umat Islam wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri, keluarga dan tanggungannya. Ini termasuk isteri, anak-anak, dan individu yang berada di bawah tanggungjawab nafkah.

  • Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Kelebihan Bayar Zakat Fitrah Secara Online?

Terdapat banyak kelebihan apabila memilih untuk bayar zakat secara online, antaranya:

  • Proses bayaran lebih cepat dan efisien

  • Rekod bayaran disimpan secara digital

  • Boleh dibuat 24 jam tanpa had lokasi

  • Lebih selamat melalui sistem perbankan atas talian

  • Resit rasmi lembaga zakat dihantar selepas bayaran.

Kaedah ini menjadikan urusan zakat fitrah secara online lebih mudah dan teratur.


Cara Membayar Zakat Fitrah Online?

Cara membayar zakat fitrah secara online melalui bayarzakatonlineselangor.my

Bagi yang ingin tahu cara membayar zakat fitrah online, langkah-langkahnya sangat mudah:

  1. Layari laman web https://www.bayarzakatonlineselangor.my/

  2. Pilih kategori zakat fitrah

  3. Pilih jenis beras
  4. Masukkan bilangan tanggungan

  5. Selesaikan bayaran melalui perbankan internet

Semua proses ini dilakukan sepenuhnya atas talian tanpa perlu hadir secara fizikal.


Hukum Bayar Zakat Fitrah Online?

Ramai bertanya tentang hukum bayar zakat fitrah online. Jawapannya adalah harus dan sah selagi bayaran dibuat kepada badan dan institusi zakat yang diiktiraf dalam tempoh yang dibenarkan.

Persoalan bolehkah bayar zakat fitrah online telah dijelaskan oleh para ulama dan dibenarkan kerana hanya melibatkan kaedah pembayaran, bukan mengubah hukum zakat.


Niat Zakat Fitrah Online

Bagi niat zakat fitrah online, niat boleh dilakukan di dalam hati semasa membuat bayaran. Lafaz niat membantu menyempurnakan ibadah walaupun pembayaran dilakukan secara digital.

Lafaz zakat fitrah untuk diri sendiri adalah seperti berikut:

 

ﻧَﻮَﻳْﺖُ أَﻥْ أُﺧْﺮِﺝَ ﺯَﻛَﺎﺓَ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِ ﻋَﻦْ ﻧَﻔْسيْ ﻓَﺮْﺿًﺎ ﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Nawaytu an ukhrija zakaata al-fitri ‘an nafsi fardhan lillahi ta’ala

Maksudnya: “Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk diriku sendiri fardhu kerana Allah Taala.”

 

Lafaz zakat fitrah untuk seluruh anggota keluarga yang ditanggung nafkahnya  adalah seperti berikut:

ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺃَﻥْ ﺃُﺧْﺮِﺝَ ﺯَﻛَﺎﺓَ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِ ﻋَنِّيْ ﻭَﻋَﻦْ ﺟَﻤِﻴْﻊِ ﻣَﺎ ﻳَﻠْﺰَﻣُنِيْ ﻧَﻔَﻘَﺎﺗُﻬُﻢْ ﺷَﺮْﻋًﺎ ﻓَﺮْﺿًﺎ ﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Nawaytu an ukhrija zakaata al-fitri anni wa an jami’i ma yalzimuniy nafaqatuhum syar’an fardhan lillahi ta’ala

Maksudnya: “Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk diriku dan seluruh orang yang nafkahnya menjadi tanggunganku fardhu kerana Allah Taala.”

 


Bayar Zakat Fitrah Online Selangor

Penduduk Selangor boleh bayar zakat fitrah online  melalui laman web ini. Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan urusan zakat secara online dengan selamat dan diyakini.

Layari https://bayarzakatonlineselangor.my untuk membuat bayaran zakat fitrah secara atas talian.


Kesimpulan

Menunaikan zakat fitrah adalah kewajipan setiap Muslim yang berkemampuan. Dengan kemudahan bayar zakat fitrah online, ibadah ini dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, cepat dan teratur tanpa mengabaikan syarat sah zakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *