Zakat wang simpanan merupakan salah satu kewajipan bagi umat Islam yang mempunyai lebihan wang simpanan setelah memenuhi syarat tertentu. Ramai yang masih keliru cara kira zakat simpanan, terutama apabila melibatkan akaun simpanan, simpanan tetap dan wang dalam beberapa akaun simpanan lain.
Artikel ini akan menerangkan bagaimana cara mengira zakat simpanan, jenis-jenis simpanan yang dikenakan zakat, serta kaedah pengiraan yang tepat supaya anda tidak tersilap dalam menunaikan zakat simpanan ini.
Apa Itu Zakat Wang Simpanan?
Zakat wang simpanan ialah zakat yang dikenakan ke atas harta yang disimpan dalam akaun simpanan seperti bank, simpanan tetap, atau akaun kewangan lain yang cukup syarat haul dan nisab.
Secara ringkas, jika jumlah wang simpanan anda melebihi nisab (RM 42,047) dan cukup tempoh haul (354 hari hijrah/setahun), maka wajib untuk mengeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Antara Contoh Jenis-Jenis Wang Simpanan
Terdapat pelbagai jenis simpanan yang termasuk dalam kiraan zakat simpanan:
- Akaun simpanan biasa
- Akaun simpanan tetap (fixed deposit)
- Akaun simpanan semasa
- Tabung Haji, ASB, dan lain-lain
Semua jenis akaun simpanan ini perlu dikira dalam jumlah keseluruhan zakat wang simpanan.
Cara Menentukan Haul Zakat Simpanan
Haul bermaksud tempoh setahun (354 hari hijrah) di mana wang simpanan anda kekal melebihi nisab.
Cara tentukan haul:
- Kenal pasti tarikh mula simpanan cukup nisab
- Pastikan wang tersebut kekal dalam simpanan selama setahun
- Jika cukup haul, maka wajib bayar zakat
Kaedah Pengiraan Zakat Wang Simpanan
Terdapat dua kaedah utama dalam kiraan zakat simpanan:
1. Kaedah Baki Terendah
Kaedah ini digunakan untuk akaun simpanan yang berlaku transaksi keluar masuk sepanjang tahun. Zakat dikenakan hanya kepada baki terendah sepanjang tempoh tahun tersebut dan setelah tolak dividen yang diproleh. Pastikan jumlah baki terendah daripada semua akaun simpanan anda melebihi kadar nisab semasa baru anda diwajibkan untuk membayar zakat simpanan.
Contoh:
- Baki tertinggi: RM50,000
- Baki terendah: RM45,000
Zakat = RM45,000x 2.5% = RM1125 (Zakat dikenakan kepada baki terendah sepanjang tahun jika melebihi kadar nisab)
2. Kaedah Baki Semasa
Kaedah ini digunakan untuk akaun yang tidak berlaku transaksi keluar masuk seperti akaun simpanan tetap atau akaun fixed deposit
Contoh:
- Baki semasa: RM60,000
Zakat = RM60,000x 2.5% = RM1500
Simpanan Dalam Satu Akaun
Jika anda hanya ada satu akaun simpanan, kiraan lebih mudah.
Langkah:
- Semak jumlah simpanan semasa
- Pastikan cukup nisab dan haul
- Guna kaedah yang sesuai
- Darab dengan 2.5%
Simpanan Dalam Beberapa Akaun
Ramai yang mempunyai lebih dari satu akaun simpanan seperti:
- Bank A
- Bank B
- Tabung Haji
Semua simpanan dalam beberapa akaun mesti dijumlahkan.
Contoh:
- Akaun A: RM25,000
- Akaun B: RM25,000
- Akaun C: RM3,000
Jumlah = RM58,000
Zakat = RM58,000 x 2.5% = RM1450
Contoh Pengiraan Kaedah Baki Terendah
Mari lihat contoh penuh kiraan zakat simpanan:
- Januari: RM160,000
- Jun: RM80,000 (terendah)
- Disember: RM150,,000
Zakat dikenakan kepada baki terendah iaitu : RM80,000
Bagaimana Kira Zakat Simpanan Dengan Tepat
Untuk pastikan kiraan tepat:
- Jumlahkan semua wang simpanan daripada setiap akaun pemilik
- Tentukan kaedah (baki semasa / terendah) setiap akaun mengikut kesesuaian (berlaku transaksi/ tidak berlaku)
- Pastikan cukup haul
- Pastikan cukup nisab (Tekan sini untuk menyemak kadar nisab semasa)
- Darab dengan 2.5%
Anda boleh menggunakan Kalkulator Zakat Simpanan yang disediakan.
Kepentingan Bayar Zakat Wang Simpanan
Zakat bukan sekadar kewajipan, tapi juga:
- Membersihkan harta
- Membantu golongan asnaf memerlukan
- Menambah keberkatan rezeki
Dengan memahami cara yang betul untuk mengira zakat simpanan, anda dapat menunaikan tanggungjawab ini dengan lebih yakin dan sempurna
Kesimpulan
Anda boleh membayar zakat wang simpanan melalui laman sesawang yang disediakan di samping menunaikan zakat-zakat yang lain seperti zakat pendapatan, zakat emas, zakat perniagaan dan lain-lain.
