Zakat KWSP: Panduan Lengkap & Cara Kiraan

Zakat KWSP atau zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja merujuk kepada kewajipan membayar zakat ke atas pengeluaran simpanan KWSP apabila telah cukup syarat tertentu. Ramai yang masih keliru tentang cara menunaikan zakat KWSP, tempoh masa perlu bayar zakat, dan kiraan zakat KWSP. Dalam penulisan ini, kami akan menerangkan secara lengkap dan ringkas mengenai zakat KWSP, kadar zakat, dan cara menunaikan zakat tersebut dengan mudah.

 


Apa Itu Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

 

Zakat KWSP ialah zakat yang dikenakan ke atas pengeluaran simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) apabila memenuhi syarat tertentu seperti cukup nisab.

Caruman wang simpanan pekerja (KWSP) diwajibkan zakat apabila dikeluarkan daripada simpanan tersebut. Ia berkonsepkan zakat simpanan atau mata wang. Jumhur Ulama’ sependapat mengatakan wajib zakat pada mata wang apabila telah memenuhi syarat-syaratnya. Dalilnya seperti berikut:

Maksudnya: “Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu?”

Surah Al-Taubah (9): 34-35

 

Terdapat dua keadaan utama yang perlu diberikan perhatian :

  • Sebelum mencapai umur 55 (Pemilikan belum sempurna)
  • Setelah mencapai umur 55 (Pemilikan sempurna)

Nisab dan Kadar Zakat KWSP

 

Nisab zakat KWSP merujuk kepada jumlah minimum simpanan yang mewajibkan zakat. Ia bersamaan nilai 85 gram emas semasa.

 

Kadar Zakat

  • Kadar zakat KWSP: 2.5%

Jika jumlah wang pengeluaran KWSP melebihi nisab, maka zakat perlu dibayar tanpa perlu menunggu haul (setahun hijri)

Perkara Penting

  • Nisab berubah ikut harga emas semasa (bole rujuk website bayarzakatonlineselangor

Kiraan Zakat KWSP

 

Secara asasnya, zakat pengeluaran KWSP hanya 2.5% daripada jumlah pengeluaran, namun terdapat dua keadaan utama yang perlu diberikan perhatian iaitu:

  • Sebelum mencapai umur 55 (Pemilikan belum sempurna)
  • Setelah mencapai umur 55 (Pemilikan sempurna)

 

Sebelum Mencapai Umur 55 (Pemilikan belum sempurna)

Kadar zakat bagi pengeluaran KWSP ialah sebanyak 2.5% daripada jumlah yang dikeluarkan tanpa mengambil kira sama ada jumlah tersebut mencapai nisab atau tidak. Jika pengeluaran KWSP itu kurang daripada nisab, maka ia perlu digabungkan bersama pendapatan lain untuk pengiraan zakat.

contoh situasi:

Nisab Tahun 2026: RM40 000.00

Encik Ahmad berumur 41 tahun mengeluarkan wang caruman KWSP sebanyak RM20,000 daripada Skim Pengeluaran Pendidikan.

Jumlah zakat yang dikenakan : RM20,000 X 2.5% = RM500.00

 

Setelah Mencapai Umur 55 (Pemilikan Sempurna)

 

Kadar zakat yang ditetapkan adalah 2.5% daripada jumlah pengeluaran (pokok + dividen + bonus) seperti kaedah zakat simpanan.

contoh situasi:

Nisab Tahun 2026: RM40 000.00

Encik Razif berumur 55 tahun mengeluarkan wang caruman KWSP sebanyak RM400,000

Jumlah zakat yang dikenakan : RM400,00 X 2.5% = RM10,000


Bila Perlu Bayar Zakat KWSP?

 

Jawapan Ringkas:

Zakat KWSP perlu dibayar setelah melakukan pengeluaran tanpa perlu menunggu haul.

 


Kalkulator Zakat KWSP & Cara Mudah Kira

 

Untuk memudahkan kiraan zakat KWSP, anda boleh gunakan:

Kalkulator Zakat KWSP


Cara Bayar Zakat KWSP

 

Terdapat beberapa cara bayar untuk menunaikan zakat KWSP:

1. Online

Anda boleh melakukan pembayaran zakat KWSP secara atas talian pada pautan di bawah
Bayar zakat KWSP

2. Kaunter

  • Pusat zakat negeri

Kepentingan Bayar Zakat KWSP

Kenapa penting bayar zakat KWSP?

  • Membersihkan harta
  • Menunaikan kewajipan agama
  • Membantu golongan asnaf
  • Mendapat keberkatan rezeki

Soalan Lazim (FAQ)

Adakah simpanan KWSP dikenakan zakat?

Ya, KWSP dikenakan zakat kerana ia harta milik individu, terutama apabila boleh dikeluarkan.

Adakah dividen KWSP boleh dikeluarkan?

Tidak secara langsung, tetapi ia tetap dikira dalam jumlah simpanan untuk zakat.

Berapa kadar zakat KWSP?

Wang KWSP diwajibkan zakat 2.5% daripada jumlah pengeluaran atau simpanan yang layak.


Kelebihan Membayar Zakat di Bayar Zakat Online Selangor

  • Pelbagai Jenis Zakat (Pendapatan, Simpanan, ASB, KWSP, Emas, Perniagaan dan lain-lain)
  • Resit Rasmi Zakat Selangor
  • Layak Dituntut Sebagai Rebat Cukai LHDN
  • Urusan Pembayaran yang Mudah Tanpa Perlu Hadir Secara Fizikal

 


Penutup

Zakat KWSP bukan sekadar kewajipan, tetapi amanah yang membersihkan harta dan menyucikan jiwa. Setiap ringgit yang dizakatkan bukanlah berkurang, bahkan menjadi asbab keberkatan rezeki dan ketenangan hidup. Janganlah kita menangguhkan hak orang lain dalam harta kita, kerana di sebalik simpanan itu ada bahagian mereka yang memerlukan. Tunaikanlah zakat dengan ikhlas, agar harta yang dikumpul sepanjang hayat menjadi saksi kebaikan, bukan beban di akhirat kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *