Hukum Membayar Zakat Menggunakan Kad Kredit

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (2002) memutuskan harus membayar zakat menggunakan kad kredit. Kad kredit yang digunakan mestilah kad kredit islamik dan bukan konvensional untuk mengelakkan riba. Jabatan Mufti Selangor menekankan pembayar untuk berniat dengan mewakilkan pihak bank untuk membayar zakat bagi pihaknya jika menggunakan kad kredit. Lembaga Zakat Selangor menyarankan penggunaaan kad kredit Islamik sahaja seperti Kad Bank Islam, Maybank Ikhwan, BSN Al-Aiman, Al-Taslif, dan lain-lain. Perkara ini bagi memastikan pembayaran patuh syariah. Walaubagaimanapun kami menyarankan untuk membayar semula jumlah yang digunakan kad kredit pada bulan yang sama untuk mengelakkan sebarang cas walaupun menggunakan kad kredit islamik.

Syarat Sah Bayar Zakat Menggunakan Kad Kredit

Kaedah pembayaran tidak mengubah syarat sah zakat walaupun melalui kad kredit. Syarah sah kekal seperti pembayar mesti Islam, baligh, berakal, memiliki harta melebihi nisab sekurang-kurangnya setahun (haul), dan berniat menunaikan zakat kerana Allah. Bagi lafaz niat menggunakan kad kredit adalah sedikit berbeza. Lafaznya seperti di bawah:

Ini zakat yang wajib ke atas diriku tahun ini berjumlah …. dan aku wakilkan pihak bank untuk membayarkannya bagi pihakku”.

Jika tidak berniat atau tidak memiliki harta cukup haul/nisab, zakat yang ditunaikan itu tidak sah. Kaedah bayaran pula hendaklah sempurna (tiada gharar atau ketidakpastian); pembayaran melalui internet, ATM, kad debit, kad kredit Islamik atau e-wallet dianggap tunai jika syarat dipenuhi.

Pelbagai Kaedah Pembayaran Zakat

Lembaga Zakat Selangor (LZS/MAIS) menyediakan pelbagai kaedah rasmi. Secara ringkas:

  • Kad Kredit: Hanya kad kredit patuh syariah diterima. Pembayaran boleh dilakukan di semua kaunter LZS. Pihak LZS menekankan pemilihan kad kredit islamik
  • Kad Debit: Semua kad debit bank tempatan (termasuk Bank Al-Rajhi dengan logo MEPS) boleh digunakan di kaunter LZS. Pembayaran tunai/debit dianggap selamat kerana tiada unsur riba.
  • Perbankan Internet (FPX/JomPAY): Pembayar boleh membayar secara atas talian dengan mudah melalui pautan bayarzakatonlineselangor.my tanpa perlu ke kaunter LZS.

Kesimpulan

Kami menyarankan anda untuk menunaikan zakat negeri Selangor dengan menggunakan kaedah selain kad kredit jika boleh melainkan atas sebab-sebab tertentu. Anda boleh menunaikan pelbagai jenis kewajipan zakat melalui portal Bayar Zakat Selangor dengan mudah dan pantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *